Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbezaan antara Agama Buddha dan Kristian, Bahagian 7 daripada 15: Soal Jawab

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai menjelaskan kepentingan seorang Guru hidup dan hukum karma: “Apa yang kita semaikan, itulah yang akan kita dapat.”

Jika kita benar-benar percaya kepada Nabi Isa dan ingin jumpa dgn Baginda, kita boleh pergi tetapi kita mesti menaik ke tempat Baginda diami. Itu dapat dilakukan hanya melalui ketabahan, meditasi, doa dan Berkat Guru Hidup kerana seorang Guru yang berada dalam badan fizikal lebih senang untuk dihubungi. Orang yang berada dalam badan fizikal juga berada dalam roh. Tetapi Guru yang berada dalam roh saja tidak dapat berada dalam badan fizikal. Sebab itulah Guru Hidup lebih penting daripada Guru dalam roh, kerana jika tidak, kalian tak dapat lihat, tak dapat menaik ke peringkat itu.

Guru, semasa dalam badan fizikal, juga dalam roh. Oleh itu, Nabi Isa, ketika berada di Bumi, mengatakan apa? “Saya dan Bapa saya ialah satu entiti.” Baginda berada di Bumi, ada badan fizikal dan perlu makan, berjalan, minum seperti orang lain tetapi berkata, “Saya dan Bapa saya ialah satu entiti.” Baginda tidak berbohong. Baginda bercakap benar kerana Baginda berada dalam badan fizikal dan juga dalam roh. Baginda ada kedua-dua alat untuk membantu orang dalam badan fizikal dan juga orang dalam roh. Buddha begitu juga. Ketika berada dalam badan fizikal, Baginda malah dapat menjelma untuk pergi ke Syurga. Baginda bawa anak-murid-Nya ke banyak Syurga yang berlainan.

Jika kita baca kitab-kitab Buddha yang berlainan, kita akan lihat jenis-jenis Syurga yang berlainan atau jenis-jenis Alam Buddha yang berlainan di dalam diri mereka. Ini disebabkan oleh Kuasa Buddha. Baginda dapat menjelma pada masa yang sama di banyak tempat – di Bumi, di neraka, di Syurga, di Alam Buddha, di Kerajaan Tuhan dan sebagainya. Jadi pada masa yang sama, Baginda ajar anak murid di tempat-tempat dan peringkat-peringkat yang berlainan dan bawa orang-orang yang berlainan ke Syurga-syurga yang berlainan pada masa yang sama. Itu Kuasa Guru Hidup. Seorang Guru Hidup sebenar harus memiliki jenis Kuasa ini. Jika tidak, dia bukanlah Guru Hidup. Oleh itu, Nabi Isa bukan sahaja berada dalam badan fizikal. Selepas wafat, Baginda bangkit semula. Baginda terbang ke Syurga tetapi itu bukan badan fizikal-Nya yang sebenar. Itu badan cahaya, badan spiritual.

Bible terlalu pendek. Pengalaman dalaman terlalu sedikit, terlalu jarang. Oleh itu, kita tak dapat begitu memahami persamaan antara pengalaman dalaman penganut Kristian dan penganut Buddha, tetapi berdasarkan apa yang saya fahami daripada pengalaman saya sendiri, saya tahu bahawa Nabi Isa miliki Kuasa yang sama dengan Buddha – Baginda dapat muncul di mana-mana saja, mana-mana tempat pada bila-bila saja. Baginda telah capai peringkat Buddha, dengan kata lain.

‘Christ’ hanyalah nama Ibrani bagi Buddha; ‘Buddha’ hanyalah nama Sanskrit bagi Christ. Itu bermaksud Orang Bermakrifat, Santo Bermakrifat, Guru Hidup – Jelmaan Kebenaran, Cahaya dan Penyelamatan.

Setelah kita capai peringkat Buddha atau Christ itu, kita dapat menyelamatkan sebanyak orang yang datang kepada kita. Sesiapa pun yang datang kepada kita untuk bantuan, kita dapat bantu mereka. Khazanah kita tidak berhujung. Satu-satunya kesusahan adalah tidak banyak orang akan datang kpd kita – bukan seluruh dunia. Kerana kebanyakan orang dilitupi, dikaburkan oleh kejahilan dan salah faham sendiri tentang Buddha seharusnya macam mana, tuhan seharusnya macam mana. Terlalu banyak halusinasi, terlalu banyak doktrin dan terlalu banyak dogma menjauhkan orang daripada Jelmaan Hidup Kebenaran sebegini. Jika kita penganut Buddha, kita tersangkut dalam agama Buddha. Kita sentiasa berdoa kepada Buddha kayu, harapkan penyelamatan selepas meninggal dunia.

Jika kita benar-benar ikhlas, kita akan mendapatnya, tidak diragui. Jika kita benar-benar mengulang nama Buddha Amitabha secara ikhlas, kemurnian terbesar daripada hati kita akan menyentuh Roh-Nya dan Dia akan membawa kita menuju pembebasan selepas kita meninggal – itu tidak diragui – atau malah dalam hidup ini. Tetapi sangat jarang orang dapat menyucikan diri sendiri sampai tahap sebegini.

Oleh itu, Buddha, Christ atau Santo perlu menjelmakan diri secara berulangan ke dunia ini untuk menunjukkan diri dalam badan fizikal bagi mendapat hubungan langsung dengan mereka (orang) dan bantu mereka pulang ke Rumah. Oleh itu, kita lihat banyak tempoh masa, Buddha datang, Christ datang, Nabi Muhammad SAW datang dan sebagainya – semua ini kita panggil Nabi atau Pengutus Tuhan – Mereka benar-benar ialah Pengutus Tuhan.

Mereka ada hubungan dengan Tuhan di Syurga dan ada hubungan di dunia ini juga. Sama seperti kita seorang bos besar sebuah syarikat besar. Kita ada pejabat di merata tempat, dan wakil kita di merata tempat. Mereka dapat menguruskan masalah orang apabila mereka datang ke syarikat kita. Jika kita tiada wakil di Australia, contohnya, adalah sukar bagi orang [Australia] tahu bahawa kita wujud di Jerman atau Amerika, bahawa syarikat kita menjual sekian sekian barang di Amerika, dan bagi begitu banyak masalah dan butiran kecil, kita perlu ada hubung langsung untuk menyelesaikan masalah. Jadi Pengutus Tuhan atau kononnya Santo Bermakrifat ialah Wakil Tuhan. Dengan berhubung dengan Mereka, kita akan berhubung dengan Tuhan apabila tiba masanya, dan itu talian terus.

Jadi apabila kita mendapat makrifat, kita akan mencipta Syurga baharu, dan apabila kita buat sesuatu yang jahat atau berdosa, kita mencipta neraka baharu. Jangan ingat bahawa neraka sudah wujud dan menunggu kita jatuh ke dalamnya. Tidak, kita yang menciptanya. Syurga dan neraka semuanya ciptaan kita sendiri.

Biar saya kisahkan sebuah cerita daripada mitologi Hindu. Ada seorang lelaki yang sangat kaya dan meninggal dunia. Dia meninggal dunia, kemudian tinggal di istana yang sangat cantik di Syurga. Dia tinggal di sana, tiada masalah. Segalanya cantik dan ada sebuah istana emas untuk dia, tetapi dia tinggal di sana selama banyak hari, tak nampak sesiapa pun di sekelilingnya, langsung tiada sesiapa pun. Jadi dia pergi jauh sangat, kemudian asyik tanya Malaikat, “Apa telah berlaku kepada istanaku? Aku tiada pembantu. Aku tiada sesiapa pun di sekeliling, tiada saudara-mara, apa-apa pun. Tiada sesiapa pun yang sayangi aku. Mengapa?” Malaikat berkata kepada dia, “Ini kerana ketika engkau di Bumi, engkau tidak sayangi sesiapa pun. Engkau tidak perlakukan pembantu dengan begitu baik, jadi engkau tak boleh ada mereka di sini.”

Okey. Jadi orang itu sangat muram, balik ke istananya dan merenungkan ini. Dia kata, “Jika aku kembali lain kali, aku akan jadi penyayang terhadap orang supaya aku akan menarik banyak orang datang kepada aku. Jika tidak, aku terlalu sunyi sekarang.” Jadi dia merenung. Kemudian sementara merenungkan hal ini, dia menjadi lapar. Dia asyik mencari makanan di bilik makanan. Tiada apa-apa pun di sana, tiada apa-apa pun, tiada sekeping roti kering atau capati pun. Capati – roti India. Jadi dia duduk di sana, berfikir, “Aku begitu lapar.”

Kemudian dia terus berdoa kepada Malaikat lagi. Dia kata, “Tolong datang. Aku tak dapat datang kpd engkau sekrg. Aku terlalu lapar. Aku tak dapat berjalan. Tolong datang kepada aku. Aku nak tanya beberapa soalan.” Jadi Malaikat, disebabkan belas kasihan, datang kpd dia. Orang itu tanya Malaikat, “Apa telah berlaku? Aku tiada makanan. Mengapa? Aku ingat di Syurga akan ada banyak makanan. Mengapa aku datang ke sini dan menjadi lapar?”

Jadi Malaikat berkata kepada dia, “Semuanya buatan engkau sendiri. Ketika di Bumi, engkau tidak berikan apa-apa kepada sesiapa pun. Orang yang lapar datang kepada engkau, engkau tidak berikan makanan dan tempat berteduh kpd mereka Oleh itu, itu apa yang engkau dapat sekrg. Engkau perlu ciptanya untuk milikinya di sini.” Oh! Jadi orang itu menjadi bermakrifat sikit. Dia kata, “Itu apa yang aku dapat, ya, agaknya, hukum karma.” Dan tiada apa-apa pun untuk diminum, jadi dia tahu itu perkara yang sama – apa yg tidak disemaikan semasa hidup, dia tidak dapat peroleh selepas meninggal. “Apa yang kita semaikan, itulah yang akan kita dapat.”

Jadi sekarang dia sangat muram, jadi berdoa kepada Tuhan. Dia kata, “Tolong beri aku lebih banyak masa sikit untuk hidup, sekurangnya dua minggu, spy aku dapat mencipta persekitaran yang lebih baik agar aku boleh ada sesuatu untuk dimakan dan diminum.” Jadi disebabkan oleh keikhlasannya, Tuhan berikan dua minggu lagi kepada dia untuk hidup. Dalam masa dua minggu ini, dia berikan makanan dan minuman serta sayangi banyak orang. Jadi apabila dia kembali ke istana itu, dia ada banyak orang yang melayani dan menyayanginya serta makanan dan minuman.

Tapi ini hanyalah cerita kecil. Bagi mencipta Syurga tak terhingga, bermakna Syurga yang berkekalan, kita perlukan jauh lebih banyak ketabahan dan kebaikan.

Sekarang mungkin kalian beritahu saya, “Saya ada satu hayat ini saja. Mana dapat saya mencipta Syurga tak terhingga untuk diri sendiri?” Maka kamu pergi kepada seseorang yang sudah mencipta Syurga tak terhingga, kemudian sertai Dia dan pergi ke Syurga itu. Kamu juga boleh tinggal di sana. Tetapi juga, menurut agama Buddha, kita ada hayat demi hayat. Kita bukan ada satu hayat saja. Oleh itu, mungkin kita telah kumpulkan kebaikan dan pahala yang mencukupi untuk hidup di Syurga tak terhingga ini seperti Syurga Buddha Amitabha. Itu Syurga yang dicipta-Nya sendiri,

dikatakan begitu dalam kitab dan itu kebenaran. Sebab itulah pada bila-bila Buddha Hidup berada di Bumi, orang mengerumuni Dia untuk mendapatkan perlindungan kerana mereka tak dapat ada keyakinan yang mencukupi bahawa mereka dapat mencipta Syurga sendiri. Namun begitu, Buddha atau Guru Bermakrifat akan beritahu mereka, “Lihat! Kamu ialah Syurga kamu sendiri. Kamu dapat menciptanya melalui disiplin ini dan itu, melalui sekian sekian kebaikan dan amalan spiritual.”

Kerana Rahmat Tuhan atau Belas Kasihan Buddha adalah tidak terhingga. Jika kita alih kepada Mereka utk dapatkan perlindungan, maka kita mendapatnya. Tuhan atau Sifat Buddha ialah apa yang kita ada di dalam diri kita. Ia merupakan kuasa tak terhingga yang dikurniakan kepada manusia saja. Kita boleh menemui kuasa tak terhingga ini, cipta apa-apa saja yang kita mahu dan lupakan neraka. Kita tidak mencipta neraka, maka kita tiadanya.

Tetapi kita perlu hidup mengikut arahan Guru dan tidak mencipta neraka baharu untuk diri sendiri, tetapi mencipta Syurga. Jika tidak, semua neraka sentiasa kosong dan menanti, dan semua Syurga adalah kosong dan menanti kita – itu tidak benar. Kita yang ciptanya.

Baiklah. Saya akan berhenti sekarang. Jika kalian ada apa-apa soalan, silakan. Kalian boleh menulis atau tanya. Baiklah. (Saya datang lewat dan saya tak tahu sama ada Guru sudah jawab ini tetapi biar saya tanya soalan ini macam mana pun. Guru tahu tak Sant Mat atau Yoga Surat Shabd?) Ya, ya, saya tahu.

(Bagaimana dengan itu berbanding dengan apa yang Guru ajarkan dan apakah tanggapan Guru tentang itu?)

Mungkin hampir sama, cuma lebih meluas dalam khutbah saya, lebih meluas – pengetahuan dan penjelasannya. (Maka Guru berkata bahawa Guru ajarkan benda yang sama?) Saya rasa begitu, ya. (Okey. Adakah ini dijelaskan dengan lebih lanjut dalam buku Guru yang boleh saya dapatkan?) Ah! Tidak, ia tidak dijelaskan di sana kerana Kaedah Quan Yin tak dapat kita jelaskan. Kita hanya boleh transmisikannya secara senyap. Jadi apa yg saya jelaskan hanyalah sejenis falsafah. (Jadi kaedah meditasi Guru melibatkan Cahaya (Syurga) dalaman dan Bunyi (Syurga) dalaman?) Betul. (Okey. Terima kasih.)

Photo Caption: “Anda Hanya Cari Orang Bijaksana, Bukan Mendaki dengan Cara Susah untuk Mendapat Makrifat!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (7/15)
1
Kata-kata Hikmah
2026-06-08
2601 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-06-09
2066 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-06-10
1991 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-06-11
1759 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-06-12
1579 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-06-13
1434 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-06-15
791 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-06-16
669 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-06-17
368 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-17
540 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-17
368 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-17
467 Tontonan
Filem Pendek
2026-06-17
312 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-16
7115 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-16
881 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-16
669 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-16
821 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-15
826 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-15
397 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun