Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Persidangan Perubahan Iklim Antarabangsa, Bahagian 1 daripada 18

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dikenali sebagai ibu kota filem dunia, Hollywood telah lama membawa cerita yang menghiburkan, memberi ilham dan kadangkala mencetuskan renungan mendalam kepada penonton. Tetapi pada 26 Julai 2008, tumpuan di Hollywood telah beralih kepada jenis media yang berbeza – bukan untuk layar perak tetapi untuk masa depan planet kita. Disiarkan secara langsung di seluruh dunia di Supreme Master Television, Persidangan Perubahan Iklim Antarabangsa telah diadakan di Pusat Reka Bentuk Pasifik di West Hollywood, California, Amerika Syarikat. Dianjurkan oleh Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa, persidangan ini menghimpunkan selebriti Hollywood yang cintai alam, penceramah terkemuka, ahli sains dan penyokong untuk suatu dialog yang memberi ilham dan berfokuskan penyelesaian. Yang mengacarai persidangan ini ialah wartawan televisyen yang menangi Anugerah Emmy dan vegan Jane Velez-Mitchell. Keghairahan dan dedikasinya telah bantu memudahkan perbincangan yang bererti ini.

Jane Velez-Mitchell: Melalui persidangan global ini, dunia berhimpun untuk mengambil tindakan segera terhadap perubahan iklim yang tidak terkawal dan krisis makanan. Bersama-sama kita boleh buat sesuatu untuk menghindarkan bencana sebenar yang sedang berlaku sekarang.

Antara peserta yang terkemuka ialah penceramah dan penulis yang terkenal Howard Lyman (vegan). Sebelumnya seorang penternak lembu generasi keempat, En. Lyman kemudiannya menjadi penyokong ghairah gaya hidup vegan yang penuh belas kasihan dan mampan.

Howard Lyman: Saya buat apa yang saya buat hari ini sebagai seorang vegan tegar atas kasih sayang terhadap haiwan. Saya tahu bahawa tiada haiwan yang perlu mati untuk saya hidup. Jika kita ingin terus hidup sebagai suatu spesies, kita perlu faham bahawa kerja kita bukanlah buat segala-galanya. Kerja kita adalah buat segala-galanya yang boleh kita buat. Saya menugasi kalian hari ini dengan satu tugas yang sangat mudah, terus terang: Apa yang perlu kalian buat ialah apa yang boleh kalian buat. Jadilah Vegan! Pelihara Alam! Selamatkan Planet Kita! Terima kasih banyak-banyak.

Persidangan ini menampilkan tiga panel menarik yang menerokai aspek utama krisis iklim: fakta saintifik cemas berkaitan pemanasan global, sudut pandangan spiritual menjadikan hubungan umat manusia dengan alam semula jadi jelas serta peranan media yang berkesan dalam membentuk kesedaran dan mengilhamkan tindakan.

Mahaguru Ching Hai (vegan) yang dijemput sebagai penceramah undangan dengan baik budi mengambil bahagian dalam persidangan ini dari jarak jauh untuk menjawab soalan daripada ahli panel dan hadirin.

Master: Saya ingin ucapkan terima kasih kpd pendatang vegan baharu yang sertai lingkungan elit yang mulia, hidup tanpa darah pada tangan mereka, hidup sebagai contoh kedamian yang bermula dengan diri sendiri dan di meja makan. […] Kerana setelah mereka mengubah hati ke arah berbelas kasihan ini, tenaga belas kasihan dan kasih sayang yang dijana adalah sangat besar. Sebab itulah kita dapat melawan kuasa negatif yang ingin memusnahkan planet kita sebelum kita boleh berpeluang untuk menjadi sedar dari segi rohani pun. […] Kita ada harapan. Kita berusaha. Kalian berusaha. Kita bekerja bersama dan mungkin kita masih boleh berjaya. […] Keajaiban sentiasa boleh berlaku.

Dalam episod ini, persidangan bermula dengan ucapan alu-aluan, doa Orang Asli Amerika untuk Ibu Bumi dan mesej yang menekankan kecemasan menangani perubahan iklim.

MC: Jane Velez-Mitchell: Selamat datang, semua! Dari tengah-tengah Hollywood, California, saya ingin alu-alukan kalian ke siaran langsung bersejarah ini. Kita bercakap tentang Perubahan Iklim SOS. Saya wartawan siasatan Jane Velez-Mitchell. Ini memang kali pertama. Sekarang program ini disiarkan kepada berjuta-juta keluarga di seluruh dunia melalui 14 platform satelit televisyen dan di internet. Ini siaran istimewa daripada Supreme Master Television. Mari kita dengarnya untuk usaha ini!

Akankah kita mengubah dunia? Akankah kita membuat orang mula makan buah-buahan dan sayuran dan berhenti makan begitu banyak hamburger? (Ya.) Memang! Itu dah pasti! Melalui persidangan global ini, dunia berhimpun untuk mengambil tindakan segera terhadap perubahan iklim yang tidak terkawal dan krisis makanan. Bersama-sama kita boleh buat sesuatu untuk menghindarkan bencana sebenar yang sedang berlaku sekarang. Dari Iceland ke Bahamas, dari Amazon ke Stonehenge, dunia menyaksikannya. Apa yang kita mahukan? Kita mahukan tindakan, bukan? (Ya!) Tindakan! (Ya!)

Baiklah. Kita akan mengubah dunia hari ini. Mari kita mulakan dengan doa. Dengan sukacitanya saya perkenalkan Joanelle Romero, pengasas Red Nation Television, bagi memimpin kita dalam doa Lakota Orang Asli Amerika untuk, siapa lagi, Ibu Bumi. (Ya!)

Romero: Saya berdiri di depan kalian di atas bahu nenek moyang saya, keturunan Geronimo. Kami menerima panggilan pagi ini daripada orang Hopi, minta kami semua dengar dengan teliti kerana ini hari yang penting. Nama Indian saya Oyate Wayanka Po Win – ‘Orang lihat wanita ini’ – diberikan kepada saya oleh Ketua Leonard Crow Dog daripada Bangsa Lakota. Saya akan mulakan dengan sebuah lagu doa. Ini ‘Lagu Dewa Guruh’ daripada orang Lakota kami. Ini lagu yang sangat kuno. Adalah sangat bertuah adanya lagu ini untuk hari ini kerana ia akan membawa air yang sangat kita perlukan – Mini Wakan, air suci. Hanya ada satu Bumi, satu langit, satu Matahari, satu Bulan, satu air, satu kamu dan satu saya, dan kita semua bersama di sini. Kita semua bersaudara.

Di sini Kawan memanggil aku Di sini Kawan memanggil aku Dari barat Negeri Guruh Kawan memanggil aku

Saya doakan kesejahteraan dan kesihatan untuk kalian. Kita semua bersaudara.

MC: Jane Velez-Mitchell: Terima kasih atas itu. Wau, doa yang begitu indah! Saya juga berdoa untuk semua haiwan yang terperangkap di ladang kilang di seluruh dunia sementara kita berdoa untuk rakan manusia.

Sekarang kita ada mesej penuh keghairahan yang dihantar sejauh dari Delhi, India daripada salah seorang pakar alam sekitar yang terkemuka di dunia. Bekas pengarah Program Alam Sekitar PBB, Dr. Ashok Khosla telah dianugerahi apa yang dianggap sebagai Hadiah Nobel dunia alam sekitar dan merupakan presiden ‘Kelab Rom’ yang berprestij. Sekarang beliau berikan penyelesaian kepada pemanasan global yang berkesan.

Dr. Khosla: Hai! Saya Ashok Khosla. Saya menyampaikan salam kepada kalian sejauh dari Alternatif Pembangunan di New Delhi, India. Salam saya khususnya kepada orang dalam kalangan kalian yang dedikasikan diri bagi membuat dunia jadi tempat yang lebih baik untuk semua. Perubahan iklim ialah salah satu ancaman terbesar yang dihadapi oleh manusia sejak permulaan sejarah. Begitu juga dengan kepupusan spesies secara besar-besaran yang berlaku sekarang, kehilangan hutan dan stok ikan, serta pengurangan sumber tenaga dan mineral kita. Sebenarnya sejak beberapa bulan lalu, isu terbesar ialah harga minyak untuk kereta kita dan makanan untuk perut kita. Nampaknya keadaan tiba-tiba telah sampai ke tahap genting.

Perbuatan dan tingkah laku masa lalu kita sudah mendatangkan kesannya. Pertemuan kalian hari ini adalah tentang peranan daging dalam diet kita dan kesannya kpd dunia di sekeliling kita. Biar saya mulakan dgn akui praanggapan. Saya telah menjadi vegetarian untuk masa yang sangat panjang, sebenarnya sepanjang hidup. Saya dilahirkan sebagai vegetarian. Ini keputusan individu, peribadi, bukan dipaksakan oleh keluarga beragama atau kewajipan lain. Tetapi hingga baru-baru ini, saya tak pernah rasai keperluan untuk khutbahkan atau dakwahkan vegetarianisme kepada orang lain. Tapi sekarang saya mula tertanya-tanya sama ada itu betul atau adil kepada rakan manusia saya. Lihatlah, makan daging telah menjadi sangat berbahaya. Ia boleh membunuh. Ia boleh bunuh orang lain, contohnya, dengan mengambil pergi sumber yang diperlukan bagi mengeluarkan makanan untuk mereka. Lebih separuh drpd tanah ladang Amerika dikhaskan utk pengeluaran daging lembu.

Kita perlukan satu ekar untuk keluarkan 250 paun daging lembu. Ekar yang sama itu boleh keluarkan 40,000 paun kentang, 160 kali ganda.

Daging boleh bunuh kalian. Risiko pelbagai jenis kanser meningkat sebanyak tiga hingga empat kali ganda bagi orang yang makan daging. Jika orang Amerika alami serangan jantung, risiko kematian adalah sekitar 50% bagi orang biasa. Risikonya menurun kepada 15% jika dia tidak makan daging. Ia turun kepada kira-kira 4% jika dia tidak makan daging, hasil tenusu atau telur. Daging boleh bunuh kita semua, planet kita dan semua hidupan di atasnya.

Sebagaimana yang kalian sedia maklum, punca pemanasan global ialah kesan rumah hijau daripada gas rumah hijau terutama karbon dioksida dan pelepasan gas metana daripada bahan api fosil. Ini banyak bertambah dalam pengeluaran daging. Tiga kali ganda bahan api fosil diperlukan untuk mengeluarkan diet berasaskan daging berbanding diet bebas daging. Pengeluaran ternakan gunakan lebih separuh daripada semua air yang digunakan utk semua tujuan di Amerika. Sebenarnya ‘pengeluaran’ satu lembu memerlukan air yang mencukupi untuk mengapungkan kapal kecil.

Kita akan ambil masa 260 tahun utk habis menggunakan sumber minyak dunia ini jika orang berhenti makan daging hari ini. Kita akan ambil masa 13 tahun untuk habiskan rizab minyak sama yang diketahui di dunia ini jika setiap manusia mula makan daging dengan cara yang sama dengan Amerika hari ini. Ini bukanlah isu kecil.

Orang vegetarian boleh menjadi sihat dan kuat. Terdapat ahli sukan terkenal yang menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan diet vegetarian. Dan saya masih di sini selepas 68 tahun tidak makan daging. Secara keseluruhannya, saya sangat mengesyorkan diet bebas daging. Lagi kurang permintaan terhadap daging dan hasil tenusu lagi kurangnya haiwan yang akan kita hasilkan, lagi kurangnya gas rumah hijau yang akan kita lepaskan. Pemanasan global dan perubahan iklim akan berkurangan. Sekarang terpulang kepada setiap daripada kita untuk bertanggungjawab terhdp masa depan kita Terima kasih. Semoga ada pertemuan yang sangat baik.

MC: Jane Velez-Mitchell: Dikatakan dengan baik sekali. Daging membunuh, terutama haiwan yang dibunuh untuk dagingnya. Sebab itulah kami ingin kata, “Keamanan bermula di atas pinggan kalian.” Jadi kalian yang berkata bahawa kalian damai dan mahukan keamanan dunia, mulakanlah di atas pinggan kalian. Gerakan ini benar-benar diterima oleh Hollywood. Banyak selebriti Hollywood telah menjadi vegan dan sesetengah daripada mereka berada di bilik ini sekarang. Sekarang kami ingin perkenalkan Datuk Bandar West Hollywood, Jeffrey Prang. Jeffrey!

Jeffrey: Selamat petang. Terima kasih banyak-banyak atas undangan untuk berada di sini petang ini. Saya Jeffrey Prang. Saya Datuk Bandar West Hollywood dan berasa bangga untuk berkata bahawa saya datuk bandar progresif salah sebuah bandar yang paling progresif di negara ini.

Kami memang bangga dapat menjadi tuan rumah persidangan hari ini. West Hollywood telah menjadi peneraju dalam beberapa isu progresif dalam tahun-tahun ini. Sebenarnya kami berbangga menjadi yang pertama dalam banyak isu paling penting hari ini. Kami ialah bandar pertama di negara ini yang luluskan larangan ke atas pistol Saturday Night Special dan peneraju dalam kawalan pistol. Kami ialah peneraju dalam komuniti kebajikan haiwan. (Whoo!) Kami sebuah bandar yang padat tetapi pada masa yang sama kami ialah salah satu peneraju yang terutama dalam dasar alam sekitar. Sebab itu adalah sangat penting kita bincangkan perubahan iklim, bagi saya persidangan ini diadakan di bandar West Hollywood sini. (Ya!) Tetapi menyediakan hari ini, bersama-sama membincangkan isu-isu penting tentang alam sekitar, tentang perubahan iklim ini adalah penting. Kami sedang bina pendidikan awam dalam kalangan anggota di seluruh negara dan di seluruh dunia serta pemimpin terpilih kami. Datangnya Januari, kami ada jumlah kerja yang banyak untuk dibuat dan saya optimistik. Saya optimistik dengan matlamat persidangan hari ini dan persidangan seperti ini yang berlangsung di seluruh negara ini. Jadi bagi pihak rakan sekerja saya, majlis bandaraya dan seluruh bandar West Hollywood, saya ingin alu-alukan kalian ke komuniti kami di sini dan terima kasih atas kepimpinan yang kalian berikan. West Hollywood, seperti biasa, ghairah dan sedia untuk berdiri bersama kalian dalam perjuangan ini. Terima kasih banyak-banyak.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/18)
1
Kata-kata Hikmah
2026-04-13
529 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-04-14
533 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Kata-kata Hikmah
2026-04-14
533 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-14
847 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-04-13
325 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-04-13
529 Tontonan
Teknologi Zaman Keemasan
2026-04-13
340 Tontonan
Orang Baik, Perbuatan Baik
2026-04-13
325 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-13
988 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-04-12
862 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun